03 May 2009

YB Ustazah Aishah dan YB Cikgu Zuki Rasmi Kem Solat



MERBAU PULAS - 30 April hingga 1 Mei 2009, Jawatankuasa Masjid Darululum Merbau Pulas dengan Kerjasama MKK Kampung Jemerli telah mengadakan Kem Smart Solat dan Qiamullail. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 180 orang pelajar yang berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Ustazah Aishah (ADUN Merbau Pulas) manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Cikgu Zuki (ADUN Kuala Ketil). Penghargaan dan terima kasih kepada individu dan kumpulan (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang terlibat menjayakan program ini.



YB Ustazah sedang menyampaikan ucapan dan nasihat serta motivasi kepada para peserta.




Imam Masjid Darululum Merbau Pulas, Tn. Hj. Mat Saud sedang menerima sumbangan daripada YB Ustazah Aishah




Peserta lelaki Kem Smart Solat

href="http://1.bp.blogspot.com/_W7kxTaW8zfw/Sf47tVknauI/AAAAAAAAAMU/Aw2qRYiGhbw/s1600-h/DSC_5032.JPG">YB Cikgu Hj Zuki sedang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem Smart Solat





Pengalaman dan kepakaran YB Cikgu Zuki sebagai pendidik dapat menarik perhatian peserta mendengar motivasi dan pesanan yang disampaikan oleh YB

No comments:


ShoutMix chat widget