08 September 2009

20 May 2009

Menangkis serangan Terhadap EXCO Adun M/Pulas

Penulisan tohmahan terhadap YB Ustazah Aishah amatlah dikesali. Kami mewakili pengundi UPU Kampung Jemerli dan UPU Pekan Merbau Pulas mengutuk dan kecewa yang amat sangat terhadap tuduhan yang dilemparkan itu.
Jelas di sini orang yang menulis tu.... mungkin yg yang kecewa........
Pertamanya : beliau menulis dengan tiada asas dan bukti cukup....
keduanya : kalau betoi nak selongkar.... pi masuk tengok rumah dan ambil bhg dalam rumah tu.... kot ada perhiasan yg disaluti dengan emas perak. Kalau biasa je binaannya, kira rumah aku lagi hebat la.......
ketiganya : Adakah salah bila jadi YB (Exco) nak buat sesuatu....... kalau mcm tu.... fikiran sempit le... pemikiran si penulis tu...
4. Kalau penulis ni... dikalangan orang PAS minta Allah turun bala dipanah petir je.... mana perginya wala'..... mana perginya perjuangan, mana perginya istiqamah dengan jamaah.
kalau dia ni UMBOBN ..... tu perkara b biasale......... memang kejanya..... begitu

sabarlah....... kebenaran pasti datang.

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/05/tolong-tengok-sat-cerita-exco-nie.html

16 May 2009

Cikgu o cikgu, selamat hari guru

Cikgu o cikgu, selamat hari guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Jika gentar pada risiko..usah bicara erti perjuangan....

13 May 2009

Ucapan Selamat Hari Guru


03 May 2009

YB Ustazah Aishah dan YB Cikgu Zuki Rasmi Kem Solat



MERBAU PULAS - 30 April hingga 1 Mei 2009, Jawatankuasa Masjid Darululum Merbau Pulas dengan Kerjasama MKK Kampung Jemerli telah mengadakan Kem Smart Solat dan Qiamullail. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 180 orang pelajar yang berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Ustazah Aishah (ADUN Merbau Pulas) manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Cikgu Zuki (ADUN Kuala Ketil). Penghargaan dan terima kasih kepada individu dan kumpulan (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang terlibat menjayakan program ini.



YB Ustazah sedang menyampaikan ucapan dan nasihat serta motivasi kepada para peserta.




Imam Masjid Darululum Merbau Pulas, Tn. Hj. Mat Saud sedang menerima sumbangan daripada YB Ustazah Aishah




Peserta lelaki Kem Smart Solat

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjywuuaTS89UBvOb8h1kAGOmemVW1xfovhaSwcN6jhyphenhyphenBJMqRo_vyTliKuA-MeJG7LsNVMs5XwMoJFTv4M0iWBsSVq2emZQS5EHDvTRKmsjkGs1JGX6mLIo_bkIr-lsuOnj7D08KiZwQFE2N/s1600-h/DSC_5032.JPG">YB Cikgu Hj Zuki sedang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta Kem Smart Solat





Pengalaman dan kepakaran YB Cikgu Zuki sebagai pendidik dapat menarik perhatian peserta mendengar motivasi dan pesanan yang disampaikan oleh YB

22 March 2009

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Bagan Sena







Majlis Sambutan Maulidur rasul Masjid Bagan Sena diadakan pada 10/3/2009 - Majlis bermula dengan bacaan doa dan perarakan dimulakan di Markas PAS Bagan Sena berhenti makan seketika dan terus ke masjid bagan sena.

02 March 2009

YB Ustazah D Pesta Hambat Chuan







1 Mac 2009 - Pesta Hambat Chuan dan Berkelah telah diadakan di Kampung Baru Jemerli, tepi sungai le..... Majlis yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Jabatan Penerangan dan dianjurkan oleh Komuniti Bestari Mukim Padang Meha.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Penerangan Daerah En. Ibrahim.
Yang menjadi kebanggaan orang kampung ialah YB Ustazah Aishah juga turut meluangkan masa untuk merasa nimkat IKAN BAKAR fresh....
Adalah tidak adil kerana YB tidak diberi kesempatan oleh pihak penganjur utk berucap. Alasanya..... berlainan haluan dan ikut perintah.........
Tapi, bagi penduduk kampung Jemerli kehadiran YB bersama bakar ikan dan menjamu selera dengan ulaman dan sambal belacan dan cukup bermakna.
Tak pa.... YB lain kali kita buat sendiri majlis ni........................


ShoutMix chat widget