01 February 2009

Majlis Penyerahan Elaun Majlis Ketua Kampong/Komuniti





02 FEBRUARI 2009 Majlis penyerahan Elaun Ketua Kampong/Komuniti untuk Parlimen Padang Serai (DUN Merbau Pulas & DUN Lunas)telah diadakan di Dewan Komuniti Kelang Lama. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ustazah Aishah dan YB Mohamad Radzi. Hadir sama memberi ucapan ialah Dato' Pegawai Daerah Kulim. Beliau menegaskan tentang peranan yang perlu dijalankan oleh ahli Majlis Ketua Kampong / Komuniti dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan. Semoga dengan imbuhan yang diterima MKK dapat menjalankan tugas dengan lebih beramanah. Seramai 61 orang MKK DUN Lunas dan 72 orang MKK DUN Merbau Pulas menerima elaun masing masing.

No comments:


ShoutMix chat widget