Allah Akbar.............. perjuangan untuk memartabatkan ISLAM di PRK Kuala Terengganu. PAS Pekan Merbau Pulas ke Kuala terengganu dengan 3 buah kereta (18 orang). Dalam Perjalan balik kereta Cikgu Johari terlibat dengan kemalangan di Jln. KT - Besut (melalui jalan pantai). Syukur kerana tiada yang cedera... keta tu kena masuk ICU....
21 January 2009
Perjuangan dan tragedi PRK Kuala terengganu
Jamuan Kesyukuran di Dewan MPK Merbau Pulas
Jamuan kesyukuran perlantikan MKK ini di adakan pada malam 20/1/2009. Buat pertama kalinya PR menggunakan Dewan ni untuk majlis. turut turun padang memeriahkan majlis ialah YB Gobalakrishnan dan YB Ustazah Aishah. Hadir sama ialah Ahli Majlis MPK Hj Mahmud dan Sdr Alwi dan Penghulu Mukim Pdg Meha
29 December 2008
Majlis Perjumpaan YB dgn penduduk Kg. Jeram Merbau Pulas
Majlis perjumpaan YB dengan penduduk Kampung Jeram Merbau Pulas akan diadakan pada 31/12/2008. Jam : 4.00 petang
Aktiviti Lawatan YB Ustazah di Kariah Merbau Pulas
YB Ustazah Aishah telah membuat lawatan Muhibbah ke Kariah Merbau Pulas pada 30/12/2008 - Lawatan pertama ni... ke rumah Mat Isa Awang di Kg Bukit Banjir. Tujuan Lawatan untuk meraikan sdr kita ni yg mendapat bantuan kaki palsu pada 19/12/2008 setelah hampir setahun tidak dapat berjalan kerana kaki kanan dipotong setelah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kegembiraan jelas terbayang diwajah sdr kita ni apabila dapat berjalan dengan menggunakan kaki palsu ni..... maklumlah dah lama terperap kat rumah..
Terima kasih diucapklan kepada YB,Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim dan individu yang membantu proses mendapatkan bantuan ni.....
(
04 October 2008
Gotong-Royong Pemuda PAS Cat Masjid
Sepanjang Ramadhan Pemuda PAS Caw Pekan Merbau Pulas telah bergotong-royong mengecat masjid Darululum Merbau Pulas. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam dan keseluruhan masjid dapat dissiapkan menjelang 29 Ramadhan. Terima kasih untuk semua.
Sumbangan YB Untuk semua
Pada 28 Ramadhan lepas YB Ustazah Ashah telah menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk keturunan Cina di Taman Merbau, Merbau Pulas yang mengidap penyakit kencing manis dan patah kaki. Turut bersama dengan YB ialah Kelab Penyokong PAS Padang Serai, Saudara Robert. Terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang begitu prihatin dengan kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh penerima ini.
Sumbangan Ramadhan YB di Masjid Darululum Merbau Pul;as
Ucapan Tok Imam
Tn. Hj. Mahmud sedang menyampaikan sumbangan kepada warga emas
Sumbangan Ramadhan kepada seramai 15 orang ibu tunggal warga emas dan juga Sumbangan bakti kepada Peesrta Tadarus Al Quran masjid seramai 7 orang dan Muslimat Kampong Jeram seramai 7 orang. Sumbangan ini disampaikan oleh Wakil YB, Tn. Hj. Mahmud (ahli Majlis Kerajaan Tempatan Kulim).


