Pada 28 Ramadhan lepas YB Ustazah Ashah telah menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk keturunan Cina di Taman Merbau, Merbau Pulas yang mengidap penyakit kencing manis dan patah kaki. Turut bersama dengan YB ialah Kelab Penyokong PAS Padang Serai, Saudara Robert. Terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS yang begitu prihatin dengan kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh penerima ini.
04 October 2008
Sumbangan YB Untuk semua
Sumbangan Ramadhan YB di Masjid Darululum Merbau Pul;as
Ucapan Tok Imam
Tn. Hj. Mahmud sedang menyampaikan sumbangan kepada warga emas
Sumbangan Ramadhan kepada seramai 15 orang ibu tunggal warga emas dan juga Sumbangan bakti kepada Peesrta Tadarus Al Quran masjid seramai 7 orang dan Muslimat Kampong Jeram seramai 7 orang. Sumbangan ini disampaikan oleh Wakil YB, Tn. Hj. Mahmud (ahli Majlis Kerajaan Tempatan Kulim).
02 August 2008
Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Membantu
PAS Pekan Merbau Pulas ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Operasi mencari dan menyelamat Allahyarham Wak Ali yang telah terjatuh dan lemas di Sungai merbau Pulas:
PDRM Balai Sg. Karangan
PDRM IPD Kulim
Bomba dan Penyelamat Hi Tech
Jabatan Perkhidmatan Awam Kulim
Pejabat Daerah Kulim ( Dato' DO)
dan semua penduduk kampung yang terlibat dalam operasi.
Takziah diucapkan kepada keluarga Wak Ali atas tragedi yang menimpa.
Johari Mohamad
Ketua Cawangan
PAS PEKAN MERBAU PULAS
08 July 2008
10 sikap decela Allah S.W.T
10 sikap decela Allah S.W.T
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.
Gotong-royong pemuda bersih masjid
AJK Masjid Darululum merbau pulas telah mengadakan gotong-royong bersih kawasan masjid pada Hari Jumaat Lepas (4/7/2008).
Majis di hadiri atau dibantu oleh seramai 22 orang pekerja Kilang INOKOM Padang Meha.
Foto-foto akan di lampirkan kemudia.
Thanks for ALL
07 July 2008
Cadangan Pelantikan Ketua Kampong
Berikut adalah senarai nama Pencalonan ketua Kampong bagi UPU Pekan Merbau Pulas dan Kampong Jemerli.
1. Pekan Merbau Pulas - Sdr. Johari bin Mohamad
Kampong Yang terlibat spt
Kg, Merbau Pulas,Kg. Selangor, Kg Jeram, Pkn. Merbau Pulas, Taman Merbau, Kg. Baru, Bkt Ketemeng, Kg. Sekolah
2. Kampong Jemerli - Sdr. Johari bin Teh
Kampong Yang terlibat spt
Kg, Beka, Kg, Bkt. Banjir, Kg Pmtg. Durian, Kg, Bkt Chong, Ldg Bkt. LKarangan, Kg, Baru Bukit Karangan
Program Peningkatan Jati Diri Jemaah
Program Peningkatan Jati Diri Jemaah yang telah dan sedang berjalan sekarang ini ialah:
1. Kelas Al Quran - Setiap Malam Khamis selepas solat Isyak di Markas UPU Pkn M/Pulas
kelas ini dikendalikan oleh Ustaz Mahmud (Tok Siak Masjid).
Golongan sasaran - belia yang baru hendak belajar Al Quran (basic Iqra')
2. Kuliah Mingguan rumah ke rumah - dibawah kendalian Ustaz Wardah (Malam Selasa selepas solat Isyak
3. Pembentukan Squad Pemantau dengan menyerapkan golongan belia kepada Skuad Polis Bantuan dengan kerjasama PDRM (balai Sg. Karangan & Pondok Polis M/ Pulas)


